Universiti mana aku nak mohon
Politeknik mana aku nak mohon
Kolej mana aku nak mohon
ini normal dan tetap akan berlaku
tapi institut pengajian yang menjadi pilihan para lepasan SPM ni
semestinya Institut Pengajian Tinggi Awam
aku boleh katakan hampir separuh dari mereka ni akan memilih IPTA
IPTA ni tak memerlukan kos yang tinggi
jarang sekali mereka memilih IPTS
kerana IPTS ni memerlukan belanja yang besar untuk setiap semester
bagi yang mampu sahaja selalunya memilih IPTS untuk menyambung pelajaran
yang menjadi cerita sekarang ialah wujudnya 'PENUNTUT YANG TAK SEDAR DIRI'
IPTA ni sudah tentu ditanggung oleh kerajaan
oleh itu yuran dan perbelanjaan menjadi lebih murah berbanding dengan IPTS
bukan saja murah, malah diberikan lagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) diberi lagi elaun makan
betapa sayangnya kerajaan kita kepada anak bangsa yang bakal menjadi pelapis negara
tapi yang menghairankan aku walaupun segala kemudahan dan kesenangan yang telah diberikan oleh pihak ini kepada penuntut-penuntut ini, masih ada lagi yang tidak sedar diri.
kau kata ini parti ni bagus, kau kata parti ni betul, kerajaan tipu, makan duit rakyat.
makan duit rakyat abah kau dah pinjaman kau, yang ape semua duit kau dapat tu, yuran murah tu semua duit cukai yang makbapak kau bayar la tongong. jangan la jadi bodoh sangat wahai penuntut IPTA. sebelum cakap kaji dulu. kau kata kerajaan tak bagus, kemudahan tak tiptop, itu tak kena ini tak kena. sedar-sedar lah kawan yang kau tu dah lupa diri. diorang dah tolong kau, kau bersyukur je lah. pegi sokong parti main belakang, parti cipta fatwa tapi bila nak bantuan, terhegeh-hegeh la kau cari kerajaan. cerita panjang-panjang pun tak guna. untuk penuntut-penuntut IPTA sekalian. bangun lah. sedar diri sikit. banyak lagi kalau nak aku cerita kat sini. tapi aku rasa dah cukup dah apa yang aku bagitahu ni. agak-agak ada pertanyaan je. kau drop la comment kau. aku jawab mana yang mampu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan