Dua perkataan yang hampir sama tapi mempunyai maksud yang jauh berbeza
Berubah? bagi aku berubah ni seperti suatu penghijrahan dari yang buruk kepada baik
jarang kan kita dengar berubah menjadi lebih buruk.
Diubah? bagi aku ianya satu penghijrahan dari yang baik kepada yang buruk dan sebaliknya.
tetapi dalam bentuk PAKSAAN. ini semua dari perspektif aku sendiri. aku lebih sukakan perubahan yang ikhlas. bukan perubahan yang diarah, dan disuruh. berubah itu lebih kepada nawaitu diri sendiri untuk melakukannya tetapi diubah lebih kepada nawaitu orang kedua untuk disempurnakan oleh orang lain. jadi fikirkan yang mana lebih baik dan ikhlas. niat dari hati sendiri atau sempurnakan niat orang lain.
*kalau ada sebarang tambahan atau ulasan. sila kongsikan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan