taktahu nak label mereka ni dalam kategori apa sebab benda ni memang tak masuk akal.seolah-olah mempersendakannya. aku yakin korang semua mesti selalu, pernah dengar lawak bodoh si tolol yang mempersendakan doa? aku yakin sangat korang pernah sebab lawak yang tak berapa nak lawak ni selalu sangat keluar dalam sitkom-sitkom, drama dan filem. doa yang selalu si tolol ni gunakan ialah doa makan. tak kisah la dalam adegan takut, seram, cemas tapi dalam versi komedi. sebagai contoh tadi aku tengok filem KELIBAT. Aziz M Osman pegang watak bellboy(yg bawak2 beg kat hotel tu. betul ni kan?). ada dalam satu scene tu oleh kerana dia takut sangat dia dengan 'bijak'nya baca doa makan. DOA MAKAN ! kejap. apa yang boleh aku label dia? bodoh? bingai? tolol? dia cuba jadikan doa makan sebagai doa pelindung(utk scene tu la). kononnya kelakar lah kan. kalau diikutkan banyak lagi pelakon-pelakon yang guna lawak sangat bodoh dalam filem atau apa-apa je. tapi aku tak ingat lah siapa. tapi aku yakin memang ramai yang buat macam tu. benda tu sangat tak kelakar la. nampak macam bodoh sangat. kalau macam tu lah gayanya. kau solat pun kau baca lah doa makan ganti doa iftitah, ganti doa qunut. boleh? so tolong la sensitif sikit dengan benda-benda macam ni.nanti kalau budak-budak dah terpengaruh. maksud aku yang betul-betul baru nak membesar tu. diorang pada tahap macam ni belajar melalui apa yang dilihat, dengar. kalau itu yang diorang dengar dan lihat. lawak ada batas juga kan? kalau semua benda boleh dijadikan lawak. memang susah laa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan