taktahu nak label mereka ni dalam kategori apa sebab benda ni memang tak masuk akal.seolah-olah mempersendakannya. aku yakin korang semua mesti selalu, pernah dengar lawak bodoh si tolol yang mempersendakan doa? aku yakin sangat korang pernah sebab lawak yang tak berapa nak lawak ni selalu sangat keluar dalam sitkom-sitkom, drama dan filem. doa yang selalu si tolol ni gunakan ialah doa makan. tak kisah la dalam adegan takut, seram, cemas tapi dalam versi komedi. sebagai contoh tadi aku tengok filem KELIBAT. Aziz M Osman pegang watak bellboy(yg bawak2 beg kat hotel tu. betul ni kan?). ada dalam satu scene tu oleh kerana dia takut sangat dia dengan 'bijak'nya baca doa makan. DOA MAKAN ! kejap. apa yang boleh aku label dia? bodoh? bingai? tolol? dia cuba jadikan doa makan sebagai doa pelindung(utk scene tu la). kononnya kelakar lah kan. kalau diikutkan banyak lagi pelakon-pelakon yang guna lawak sangat bodoh dalam filem atau apa-apa je. tapi aku tak ingat lah siapa. tapi aku yakin memang ramai yang buat macam tu. benda tu sangat tak kelakar la. nampak macam bodoh sangat. kalau macam tu lah gayanya. kau solat pun kau baca lah doa makan ganti doa iftitah, ganti doa qunut. boleh? so tolong la sensitif sikit dengan benda-benda macam ni.nanti kalau budak-budak dah terpengaruh. maksud aku yang betul-betul baru nak membesar tu. diorang pada tahap macam ni belajar melalui apa yang dilihat, dengar. kalau itu yang diorang dengar dan lihat. lawak ada batas juga kan? kalau semua benda boleh dijadikan lawak. memang susah laa.
Selasa, 30 November 2010
lawak sangat
nak kata jahil ada agama, nak kata masih mentah masing-masing dah tahap boleh mula taubat dah.
Isnin, 29 November 2010
student lembu
keluar je keputusan SPM masing-masing mesti dah mula berfikir
Universiti mana aku nak mohon
Politeknik mana aku nak mohon
Kolej mana aku nak mohon
ini normal dan tetap akan berlaku
tapi institut pengajian yang menjadi pilihan para lepasan SPM ni
semestinya Institut Pengajian Tinggi Awam
aku boleh katakan hampir separuh dari mereka ni akan memilih IPTA
IPTA ni tak memerlukan kos yang tinggi
jarang sekali mereka memilih IPTS
kerana IPTS ni memerlukan belanja yang besar untuk setiap semester
bagi yang mampu sahaja selalunya memilih IPTS untuk menyambung pelajaran
yang menjadi cerita sekarang ialah wujudnya 'PENUNTUT YANG TAK SEDAR DIRI'
IPTA ni sudah tentu ditanggung oleh kerajaan
oleh itu yuran dan perbelanjaan menjadi lebih murah berbanding dengan IPTS
bukan saja murah, malah diberikan lagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) diberi lagi elaun makan
betapa sayangnya kerajaan kita kepada anak bangsa yang bakal menjadi pelapis negara
tapi yang menghairankan aku walaupun segala kemudahan dan kesenangan yang telah diberikan oleh pihak ini kepada penuntut-penuntut ini, masih ada lagi yang tidak sedar diri.
kau kata ini parti ni bagus, kau kata parti ni betul, kerajaan tipu, makan duit rakyat.
makan duit rakyat abah kau dah pinjaman kau, yang ape semua duit kau dapat tu, yuran murah tu semua duit cukai yang makbapak kau bayar la tongong. jangan la jadi bodoh sangat wahai penuntut IPTA. sebelum cakap kaji dulu. kau kata kerajaan tak bagus, kemudahan tak tiptop, itu tak kena ini tak kena. sedar-sedar lah kawan yang kau tu dah lupa diri. diorang dah tolong kau, kau bersyukur je lah. pegi sokong parti main belakang, parti cipta fatwa tapi bila nak bantuan, terhegeh-hegeh la kau cari kerajaan. cerita panjang-panjang pun tak guna. untuk penuntut-penuntut IPTA sekalian. bangun lah. sedar diri sikit. banyak lagi kalau nak aku cerita kat sini. tapi aku rasa dah cukup dah apa yang aku bagitahu ni. agak-agak ada pertanyaan je. kau drop la comment kau. aku jawab mana yang mampu.
panggung wayang
letih, penat, menyampah, bosan, meloyakan
ini yang aku rasakan sekarang bila aku lihat situasi yang melanda Malaysia
yang diutara sibuk perjuangkan bangsa Melayu
yang diselatan sibuk nak jadi penghuni Seri Perdana
yang ditimur sibuk nak perjuangkan Islam
yang dibarat sibuk nak hapuskan bangsa Melayu
yang tersepit dalam agenda perjuangan kosong ni
RAKYAT
yang diselatan sibuk mencaci yang diutara
yang diutara sibuk nak perlekehkan yang ditimur
yang dibarat sibuk nak jatuhkan yang diutara
tapi yang hebatnya bila
yang diselatan,timur, dan barat bergabung nak jatuhkan yang diutara
siapa yang tersepit dalam drama murahan ni?
sekali lagi RAKYAT
yang main belakang sibuk nak naik takhta
yang takut bini menjerit taktentu hala
yang anti-Melayu sibuk nak jatuhkan Melayu
yang pejuang Islam takhabis dengan fatwa pelik
muak dengan drama Malaysia ni
RAKYAT ni dah macam penonton drama
masing-masing menggunakan RAKYAT untuk kepentingan sendiri
sampai bila benda ni nak berterusan?
SAMPAI BILA?
Khamis, 25 November 2010
anjakan
dalam tidak sedar
dah lima bulan aku mengarut dalam blogspot ni
gaya penulisan banyak diinspirasikan dari blogger Suara Jalanan dan Mind Wars
pada awalnya aku ingin menulis tentang perkara yang berbaur politik, isu perkauman,
hak individu, hak setiap kaum. menegakkan apa yang aku yakini benar.
tapi semakin hari semangat itu pudar. tenggelam.
mulai hari ini, aku hanya akan menulis apa saja isu yang aku rasa seronok, dan tidak memerlukan aku untuk berfikir dengan rumit. sepanjang mana sekalipun penulisan aku, setepat mana sekalipun ulasan aku, sekuat mana sekalipun aku bersorak, mereka tak peduli. mungkin ini yang rakan blog aku rasa. mulai dari hari ni, aku akan jarang menulis tentang si politik aneh Malaysia ni. aku neutral. aku bosan dengan kotak hadiah yang diberi oleh orang, kotaknya cantik tapi isinya sampah.BOSAN.
Rabu, 24 November 2010
pilihan
cari yang ada semasa senangcari yang ada semasa susah
cari yang ada semasa senang dan susah
tiga pilihan ini lah yang aku selalu jumpa
untuk mencari rakan,kawan dan sahabat
bukan senang dan tidak juga susah
semua ini terletak dalam diri masing-masing
adakalanya kita dapat yang ada semasa senang sahaja
adakalanya kita dapat yang ada semasa susah sahaja
dan agak sukar untuk mendapat yang ada semasa senang dan susah
Alhamdulillah,
aku dapat sahabat yang terbaik
dan aku yakin tiada yang beruntung seperti aku
sahabat aku tiada tandingan
'rare' la kononnya

syukur, izham, emy, lyas
iqbal azami, iqbal hamzi,rizwan
ucop,iqmal,nik,SYAHIRAN,aji
antara yang selalu menghiasi hidup-hidup aku
gelak, tawa, sedih, tangis, benci, marah
ini yang dikongsi bersama
ini yang dilalui bersama
terima kasih sahabat
*nama yang tidak disebut tak bermakna bukan sahabat aku.cuma letak nama byk2 jd takcantik.
idola
9bulan membawa kau
tidak ada perkataan sesal walaupun keluhan 'ahh'
menyabung nyawa melahirkan kau
tidak kenal erti takut atau gentar
seolah tidak faham apa itu letih
seolah tidak kenal apa itu lelah
seolah tidak tahu apa itu tidur
seolah tidak erti apa itu rehat
jeritan kau ibarat puisi indah
rengekan kau ibarat burung bersiulan
tangisan kau ibarat nyanyian merdu
ketawa kau ibarat melodi yang indah
sakitmu umpama barah baginya
lukamu umpama nanah baginya
sakitmu sedikit robek hatinya
lukamu sedikit hancur jasadnya
tidak dapat digambarkan
tidak dapat dibayangkan
betapa kasihnya seorang ibu
betapa sayangnya seorang ibu
terima kasih ma..
berubah atau diubah
Dua perkataan yang hampir sama tapi mempunyai maksud yang jauh berbeza
Berubah? bagi aku berubah ni seperti suatu penghijrahan dari yang buruk kepada baik
jarang kan kita dengar berubah menjadi lebih buruk.
Diubah? bagi aku ianya satu penghijrahan dari yang baik kepada yang buruk dan sebaliknya.
tetapi dalam bentuk PAKSAAN. ini semua dari perspektif aku sendiri. aku lebih sukakan perubahan yang ikhlas. bukan perubahan yang diarah, dan disuruh. berubah itu lebih kepada nawaitu diri sendiri untuk melakukannya tetapi diubah lebih kepada nawaitu orang kedua untuk disempurnakan oleh orang lain. jadi fikirkan yang mana lebih baik dan ikhlas. niat dari hati sendiri atau sempurnakan niat orang lain.
*kalau ada sebarang tambahan atau ulasan. sila kongsikan bersama.
Jumaat, 12 November 2010
sahabat
SAHABAT
apa yang dapat didefinisikan dari perkataan ini?
bagi aku perkataan ini lebih kepada orang yang lebih mengenali kita.
mungkin lebih mengenali kita dari ibu yang melahirkan kita.
sahabat adalah gelaran yang sukar untuk kita beri kepada sesiapa pun.
bagi aku sahabat ini lah yang ada di kala kita susah dan senang, bangun dan jatuh.
sesetengah orang ada yang menganggap sahabat ni tak penting.
hidup bersendirian lebih baik
tapi untuk aku sahabat lah orang yang kita akan cari tak kira masalah apa sekalipun yang kita hadapi.
aku ada ramai kawan. aku ada ramai rakan tapi aku hanya ada sebilangan sahabat.
aku menulis benda ini pun lepas aku teringat balik semua benda yang aku dah hadapi dengan orang-orang yang bernama sahabat.
aku rela tak berduit, aku rela tak berharta, aku rela menangis, aku rela terjatuh demi orang yang bernama sahabat.
sejujurnya aku memang sayang korang. korang dah banyak bentuk aku. bentuk hidup aku. walaupun tak semua yang korang nasihatkan aku ikut.
aku nak ucap terima kasih yang tak akan luput kepada sahabat- sahabat aku.
Rabu, 10 November 2010
ragam
nak tengok kerenah manusia?
ragam manusia?
cuba la berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur.
ada yang menyedihkan
ada yang lucu
ada yang mengjengkelkan
ada yang kadang tidak faham kenapa mereka berkelakuan begitu.
pelik.
tapi dari sini la kita dapat melihat pelbagai ragam manusia.
lihat dan belajar sesuatu dari apa yang kita nampak.
jangan melihat dengan pandangan yang kosong.
aku dah melihat dan memerhatikan pelbagai ragam.
mungkin aku mengkritik ape yang mereka lakukan dan mengutuk apa saja yang tidak kena
tapi aku tidak pernah terfikir.
apakah orang lain juga melakukan benda yang sama.
ini lah putaran hidup
terima dengan hati yang terbuka.
*aku takdapat tidur so aku mengarut
Langgan:
Ulasan (Atom)
