Sabtu, 8 Januari 2011

keagungan

redupnya matamu
ikalnya rambutmu
mulusnya kulitmu
bibirmu yang merekah cantik
tiupan angin yang mendayu
menghembus halus ke tubuhmu
pohon yang menari terhenti
kerana terpesona dengan gerak geri mu
aku tahu
cinta ku padamu tidak seagung
cinta Muhammad kepada Aisyah
aku tahu
cinta ku padamu tidak sekukuh
cinta Zulaikha terhadap Yusuf
tetapi aku tahu
batu kan lembut
ombak kan terhenti
matahari kan sejuk
bulan tidak lagi bercahaya
jika kau tahu
sedalam mana kasihku padamu

Tiada ulasan: