yang cekal akan bertahan dan yang mengalah akan tewas
banyak yang telah aku belajar dari kehidupan ini
aku belajar untuk memerhati, mentafsir dan menghadapi
tapi apa yang aku cari sebenarnya?
adakah kemewahan?
adakah kemasyuran?
ataupun kebahagiaan?
tidak!
kerana aku sendiri tidak pasti apa yang aku inginkan
aku tersepit dalam impian orang lain
aku terhimpit dalam harapan insan lain
sejenak akalku melayang melepasi ruang angkasa
seketika fikiranku berfikir diluar kotak pemikiran
sesaat aku memuhasabah diri aku
mengenalpasti apa yang aku cari dalam kehidupan aku
dalam kekalutan aku mencari apa yang aku impikan
terlintas di benak hati kecil ku
sesuatu yang aku peroleh adalah bukan apa yang aku impikan
YA!
ini lah jawapan yang aku gali
dengan sebaris ayat yang seperti tidak beerti
aku menemukan jawapan bagi semua soalan aku
aku menemukan jawapan bagi semua impian aku
aku juga menemukan titik permulaan
untuk aku bergerak lebih jauh kehadapan
terima kasih Maha-Pencipta
sedikit ilham yang kau beri
menyelesaikan segala persoalan hamba mu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan