Jumaat, 14 Januari 2011

bangkitlah wahai generasiku

ku lihat layu dalam bangsaku
bangsa yang rela jatuh dari bangkit
perhatikan persekitaran mu bangsaku
ini kah bangsa mu?
bangsa yang lemah dan mudah terjatuh
bangsa mu raja di tanah ini !
sebelum hadirnya si bangsat penjajah
ini lah tanahmu !
tempat tumpahnya darahmu
wahai bangsaku !
bangkitlah bangsaku dari lena tidurmu
sedarlah wahai bangsaku
sekalipun kau merdeka dari jajahan
belum tentu kau merdeka dari ideologi dan pemikiran
renung semula cara pemikiranmu bangsaku
yakin kah kau akan kemerdekaan fikiranmu?
bangunlah bangsaku !
bangkitlah bangsaku !
kau lahir dari darah sang pejuang
yang tidak kan jatuh selagi ajal belum mengundang
bangsamu gagah dan digeruni !
dimana semua itu?
jangan kau biarkan bangsamu yang gagah
layu dalam buaian arus pemesongan pemikiran
bangsaku yang sejati !
bangsa yang pantang berundur sebelum berjuang
biarpun berterbangan parang di udara
bangsaku teguh membarisi di hadapan
aku inginkan ini dari bangsaku
bangkitlah dari lena mu
buka mata dan lihat
adakah ini yang kau impikan untuk bangsamu?
BANGUN LAH BANGSAKU
BANGKITLAH MEMPERJUANGKAN BANGSAMU

buta sang pencinta

tak ada yang lain melainkan kau
tiada yang kedua hanya lah kau
tidak terganti ciptaan seperti kau
tiada nilainya sekalipun bumi tergadai
ya
tidak kan terang sang purnama
sang suria malap mengaku kalah
aliran deras kan keras membeku
seteguh pohon juga menyembah bumi
tidak terungkap dengan kata
sekalipun pengakhiran abjad
biarpun angka bisa digantikan
tergantung cerita ke akhir hayat
jika dihimpun segala perasaan
si mawar pudar tidak berwarna
sejernih air bisa keruh
sebiru langit kan bertukar gelap
tidak tergambar perasaan terhadap kau
biarpun dipotretkan si pelukis
tidak terungkap oleh kata-kata
sekalipun dijadikan puisi
itu lah dalamnya perasaan aku
terhadap kau
MMM <3

Sabtu, 8 Januari 2011

impian

kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan
yang cekal akan bertahan dan yang mengalah akan tewas
banyak yang telah aku belajar dari kehidupan ini
aku belajar untuk memerhati, mentafsir dan menghadapi
tapi apa yang aku cari sebenarnya?
adakah kemewahan?
adakah kemasyuran?
ataupun kebahagiaan?
tidak!
kerana aku sendiri tidak pasti apa yang aku inginkan
aku tersepit dalam impian orang lain
aku terhimpit dalam harapan insan lain
sejenak akalku melayang melepasi ruang angkasa
seketika fikiranku berfikir diluar kotak pemikiran
sesaat aku memuhasabah diri aku
mengenalpasti apa yang aku cari dalam kehidupan aku
dalam kekalutan aku mencari apa yang aku impikan
terlintas di benak hati kecil ku
sesuatu yang aku peroleh adalah bukan apa yang aku impikan
YA!
ini lah jawapan yang aku gali
dengan sebaris ayat yang seperti tidak beerti
aku menemukan jawapan bagi semua soalan aku
aku menemukan jawapan bagi semua impian aku
aku juga menemukan titik permulaan
untuk aku bergerak lebih jauh kehadapan
terima kasih Maha-Pencipta
sedikit ilham yang kau beri
menyelesaikan segala persoalan hamba mu

keagungan

redupnya matamu
ikalnya rambutmu
mulusnya kulitmu
bibirmu yang merekah cantik
tiupan angin yang mendayu
menghembus halus ke tubuhmu
pohon yang menari terhenti
kerana terpesona dengan gerak geri mu
aku tahu
cinta ku padamu tidak seagung
cinta Muhammad kepada Aisyah
aku tahu
cinta ku padamu tidak sekukuh
cinta Zulaikha terhadap Yusuf
tetapi aku tahu
batu kan lembut
ombak kan terhenti
matahari kan sejuk
bulan tidak lagi bercahaya
jika kau tahu
sedalam mana kasihku padamu