aku nak bagi info sikit tentang suku kaum peribumi di Sabah ni.
aku sekarang berada di bandar Tawau dan aku nak ceritakan
tentang suku kaum yang berada dekat dengan Tawau iaitu
Bajau.
Dalam masyarakat Bajau ni terdapat juga beberapa suku kaum lain seperti Ilanun , Sulu dan lain-lain.
Masyarakat Bajau ni kebanyakannya beragama islam.
Sepeti suku kaum Sabah yang lain, masyarakat Bajau
juga kaya dengan adat resam mereka yang unik.
Salah satunya yang menarik perhatian ialah adat dalam kematian apabila si mati telah ditanam mereka akn mengadakan kenduri arwah dan berpantang. selesai saja pengebumian satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam beserta dengan bantal akan dibentangkan untuk memperingati si mati.
Bantal-bantal itu diletakkan di kiri dan kanan di bahagian kepala
tempat tidurnya.setiap pagi dan petang seorang imam akan menjaga tempat tidur tersebut sambil mendoakan untuk si mati
Masyarakat ini juga mengadakan kenduri arwah selama
tujuh hari berturut-turut. kenduri hari pertama sehingga hari keenam diadakan secara kecil-kecilan
sahaja kecuali pada hari ketujuh. bilangan piring yang digunakan
untuk ketujuh-tujuh hari tersebut juga berlainan kerana
ianya menentukan bilangan ahli agama yang hadir pada kenduri itu.
Dalam tujuh hari awal kematian itu, ada pantang larang bagi ahli
keluarga si mati contohnya mereka tidak boleh memecahkan barang
seperti gelas atau mangkuk kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.
selepas kenduri hari ketujuh, mereka akan mengadakan kenduri
pada hari kedua puluh dan pada hari keempat puluh.
ini saja yang dapat aku korek sebenarnya tentang masyarakat Bajau. kalau korang nak tahu yang lagi detail, korang datang Sabah, lepak area Samporna, cari masyarakat Bajau pastu korang tanya je lah diorang sampai korang dengan orang Bajau tu muntah. ok?
2 ulasan:
oh, kira dah lepas 7 hari mati boleh pecah pinggan mangkuk kat umah la? hahaha
apesal kaum ni tak melarang terus dari memecahkan pinggan mangkuk walaupun terpecah. siapa kasi pecah, kita penggal kepala. haha
nnt aku nk g semporna lah, kasi soal bnyk2 smpai kaum bajau ni munntah. HAHAHAHHA
bodo
mana la aku tahu dah adat die macam tu. jgn salahkan aku. kau tanya sendiri set2 bajau ni.
Catat Ulasan