Khamis, 2 Disember 2010

jangan pandang rendah pada kami

siapa itu penuntut?
siapa itu mahasiswa?
siapa itu pemuda?
tiga gelaran diatas ialah gelaran kepada mereka-mereka
yang akan menjadi pelapis kepada negara. pelapis kepada
pemimpin, pelapis kepada dunia.
tetapi malangnya apabila golongan-golongan ini dipandang rendah
atau dalam kata lain diperlekehkan oleh golongan yang berpangkat
golongan yang telah memegang segulung kertas yang bernama
diploma, ijazah dan lain-lain.
kenapa mereka memperlekehkan golongan mahasiswa dan pemuda
negara?
mereka menganggap bahawa kami yang belum memiliki sebarang
kelulusan ini sebagai tidak layak untuk bersuara, tidak layak untuk
mengutarakan pendapat dan masih berhingus.
persoalan bagi aku ialah mengapa golongan seperti kami ini
diperlekehkan? adakah hanya kami belum memiliki apa-apa
kelulusan, kami tidak dibenarkan memberi pendapat?
ini bermakna negara ini hanya mengamalkan demokrasi
tetapi bukan demokrasi liberal. demokrasi liberal disini ialah
dalam konteks di mana semua rakyat mempunyai hak-hak
yang sama rata dibawah undang-undang.
gejala memandang rendah atau memperlekehkan ini terdapat
dalam pelbagai situasi. salah satunya gejala ini wujud dalam
kehidupan mahasiswa atau pun penuntut,pelajar.
mahasiswa yang menyuarakan pendapat dan pandangan
tidak diambil serius oleh pihak atasan malah mahasiswa digelarkan
dengan gelaran "mahasiswa tidak matang", "mahasiswa masih berhingus"
"belum lulus universiti nak cerita politik", dan "awak siapa nak berhujah dengan saya".
hei ! aku ni bakal gantikan tempat kau bila kau dah sayonara dari bumi ni.
pandangan yang diketengahkan oleh para mahasiswa ini ialah pandangan
dari semua mahasiswa. mahasiswa mahukan ini. mahasiswa mahukan perubahan.
jangan lah diperlekehkan pandangan mereka. terima dan kaji dulu baru
ditentukan apa keputusannya. ini baru dengar separuh cerita dah cakap macam-macam.
memetik dari ucapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Saifuddin Abdullah "kerajaan mesti menyelami minda orang muda dan cuba memenuhi permintaan serta harapan mereka.kerajan juga harus menekankan soal persepsi mereka terhadap politik, sistem demokrasi dan ahli politik."
ini yang seharusnya berlaku. mendengar, menghayati dan mempertimbangkan pandangan kami sebagai mahasiswa dan anak muda negara.
JANGAN PERLEKEHKAN KAMI KERANA KAMI BAKAL MEMIMPIN NEGARA INI. KAMI YANG AKAN MENJADI GENERASI SETERUSNYA YANG AKAN MENERAJUI NEGARA.KAMI ADALAH GOLONGAN YANG AKAN MEMENUHI BARISAN HADAPAN DALAM MEMPERJUANGKAN HAK KAMI SEBAGAI SEORANG PELAJAR YANG HIDUP DALAM NEGARA DEMOKRASI.JANGAN SEKAT HAK KAMI.JANGAN PERLEKEHKAN KAMI.

7 ulasan:

Fontonk berkata...

Hail yeah aku 100% sokong.
Zaman Rasulullah yang mentadbir negara semua orang muda. Umur dalam lingkungan 20-40. Kebanyakannya lah.

So for old folks, make your way and give our way to change the system!

siulanlidah berkata...

macam ni la. even kita yg muda ni belu layak mentadbir negara. tapi tak rugi kalau dengar dan kaji pendapat belia, pendapat pemuda dan mahasiswa. yang tua dah season. anytime boleh goal. takkan yang muda ni nak duduk dalam sampah yang dibuang oleh yang tua tu.

Tanpa Nama berkata...

aii.. amer. fikiran dah semakin luas, bersempadan dengan laut biru. ya, memang pemuda ni bakal pemimpin. bakal pemimpin yang membawa janji2 Allah, menegakkan Islam diatas segala yang lain.

siulanlidah berkata...

boleh tahu sape ni? letak la name.. haihhh

Tanpa Nama berkata...

minta maaf. kalau letak nama, nanti akan timbul perbalahan. harap faham.

siulanlidah berkata...

dalam dunia blog, aku pro sbb dari sini aku nak tahu ape pendapat org lain ttg post aku. kalau ade kurang aku baiki. harap maklum

Zu Rifaq berkata...

betul2...
kalau nak pilih pemimpin pakai umur, pakcik2 yang setiap pagi jalan ke masjid terbongkok2 tu lebih layak.