RAMADHAN
kedatangannya membawa 1001 rahmat.
umat islam mula berpuasa.
masing-masing mengejar amalan yang baik.
kerana ganjarannya berlipat kali ganda.
RAMADHAN
menahan lapar dan dahaga
dari terbit fajar
sehingga terbenam matahari
WAJIB!
RAMADHAN
perkara pertama yang terlintas?
bazaar ramadhan
solat terawih
berbuka dengan kawan
ponteng puasa?
hah!!!
malangnya
itulah yang berlaku
TETAPI
apa yang mengejutkan aku
manusia yang sudah dianggap tua
lebih matang
dekat dengan kematian
juga melakukannya
PELIK?
TERKELU!
TERKEJUT!
weh!
kau tu contoh!
figura kepada anak muda!
lain pula yang jadi,
kau menggalakkan perkara ini
KAU!!
KETUA KELUARGA!
marah kalau anak mengikut cara kau
kemana tumpahnya kuah?
jangan kau marah kalau anak kau yang buat.
dia hanya melakukan apa yang dilihat.
RAMADHAN
bulan menambah pahala?
atau
bulan menambah dosa?
INI YANG AKU NAMPAK
INI YANG AKU LIHAT
INI APA YANG BERLAKU
rumah kata pergi
kubur kata mari
semakin dekat kau dengan kubur
semakin meningkat koleksi dosa kau
hiasilah RAMADHAN dengan kebaikan
bukan dengan kejahatan
1 ulasan:
kpada siapa dituju ne..
hehe..
neway,mndatangkan kesedaran..
thx ment0l..
Catat Ulasan