Jumaat, 13 Ogos 2010

selamat tinggal 18.selamat datang 19

Jumaat tanggal 09 Ogos 1991 adalah hari yang di nantikan oleh sepasang suami isteri yang menantikan kelahiran anak sulung mereka.Lahir pada hari yang penuh keberkatan ini menambahkan lagi ketidak sabaran bagi sepasang suami isteri ini.perasaan gembira bercampur takut dan gusar kerana risiko melahirkan seorang bayi ini terlalu tinggi tetapi dikuatkan juga semangat mereka kerana ini merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai.tepat pada jam 12.45 tengahari maka terdengarlah tangisan seorang bayi yang telah dilahirkan.Mohamad Amir Mukhris nama diberi.Mohamad yang bermaksud Yang terpuji dan Amir bermaksud putera,ketua,pemerintah,penguasa dan juga pemimpin mungkin itu yang diharapkan apabila insan ini telah menjadi dewasa.besar sungguh harapan ibubapanya.Mukhris yang diambil sempena nama putera mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga mungkin ingin insan ini mencontohi kredibiliti beliau.cerita yang panjang diatas ni hanyalah nak menunjukkan bahawa aku sudah meningkat semakin dewasa pada 09 Ogos 2010 yang lalu..

Tiada ulasan: