Ahad, 4 Disember 2011

Adreena II

lengkapkah shah jehan tanpa mumtaz?
lengkapkah yusuf tanpa zulaikha?
lengkapkah Muhammad s.a.w tanpa siti khadijah?
begitu juga aku yang tidak lengkap tanpa kau
dahulu aku pernah dengkikan bulan kerana mempunyai matahari
dahulu aku dengkikan ombak yang punya pantai
dan aku juga pernah dengkikan lau kerana sentiasa ada irama yang menemaninya
tetapi selepas kau hadir dalam hidup aku
aku dapat merasakan yang mereka mula mencemburui aku
sayang,
aku ingin kau sentiasa bersama aku
agar alam ini cemburukan aku
sayang,
walaupun cinta aku tidak sehebat shah jehan, yusuf dan Muhammad s.a.w
tapi selagi aku diberikan nyawa
aku akan mencintai kau sepenuh hati aku

Tiada ulasan: