Ahad, 25 Disember 2011

25Nov - 25Dis

dahulu aku tidak kenal apa itu kasih
dahulu aku tidak kenal apa itu sayang
dahulu aku tidak kenal apa itu cinta
dahulu aku tidak kenal apa itu menghargai
25 November menjadi saksi
termeterai ucapan kasih dan sayang
tarikh yang mengenalkan aku dengan cinta
aku seperti di awangan
dihembus sang bayu yang halus
Iylia Adreena
nama yang telah mengubah hidup aku
nama yang mengajar aku apa kasih dan sayang
nama yang mengajar aku apa itu cinta dan kesetiaan
Ya!
aku dahulunya lupa dan alpa
aku dahulunya jahil dan bodoh
aku dahulunya tidak pernah tahu
kau banyak mengajar aku
erti kasih dan sayang
erti cinta dan kesetiaan
erti memberi dan menerima
genap sudah satu purnama
25 Disember menjadi saksi
akan aku nakhodakan bahtera kita
akan aku ketuai perjalanan kita
akan aku bimbing kehidupan kita
agar menjadi lebih baik
tiada apa yang dapat aku ucapkan
selain kata cinta dan sayang aku kepada kau
aku harap kau sentiasa bersama aku
menempuh pahit dan manis kehidupan
demi mencari kebahagiaan yang kekal
Terima kasih Iylia Adreena
kau pelengkap hidup aku

Ahad, 4 Disember 2011

Adreena II

lengkapkah shah jehan tanpa mumtaz?
lengkapkah yusuf tanpa zulaikha?
lengkapkah Muhammad s.a.w tanpa siti khadijah?
begitu juga aku yang tidak lengkap tanpa kau
dahulu aku pernah dengkikan bulan kerana mempunyai matahari
dahulu aku dengkikan ombak yang punya pantai
dan aku juga pernah dengkikan lau kerana sentiasa ada irama yang menemaninya
tetapi selepas kau hadir dalam hidup aku
aku dapat merasakan yang mereka mula mencemburui aku
sayang,
aku ingin kau sentiasa bersama aku
agar alam ini cemburukan aku
sayang,
walaupun cinta aku tidak sehebat shah jehan, yusuf dan Muhammad s.a.w
tapi selagi aku diberikan nyawa
aku akan mencintai kau sepenuh hati aku

Adreena

hadirmu dalam kitab hidupku
memberi aku satu kehidupan baru
cintamu yang kau hadiahkan padaku
membuatkan aku terdiam dan terpesona
bukan cantik aku jadikan ukuran
tapi ikhlasmu yang mempersonakan aku
terimakasih