Sabtu, 27 Ogos 2011

bayang-bayang

yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran
apa lagi yang ditunggu?
aku bukan mengejar gunung
aku sedang mengejar bayang-bayang
pasti gunung yang dikejar tidak akan lari
tetapi mengejar bayang-bayang sangat mustahil bagi aku
berpijaklah dialam yang nyata
jangan meminta pada yang tak pasti
sebaliknya memberi kepada yang menanti
pilihan sentiasa wujud
terpulang kepada diri untuk menentukan
mana yang pasti
mana yang mimpi

Tiada ulasan: