Sabtu, 25 Jun 2011

destinasi

niat tanpa usaha
seperti menembak tanpa peluru
kita dilahirkan berpasangan
adam dan hawa
kita ditakdirkan memenuhi kehendak pasangan
seorang lelaki untuk membimbing wanita
dan seorang wanita untuk melengkapkan lelaki
segala yang wujud di atas muka bumi ini berpasangan
kerana Dia lebih mengetahui
yang kita saling memerlukan
aku perlukan kau
dan kau juga perlukan aku
inilah putaran kehidupan
aku cuba pandu kau ke arah destinasi
tapi kau memilih jalan yang tiada penghujung
fikirlah selagi waras
tinggalkan dunia kau yang tiada jawapan
akuilah yang kau perlukan seorang lelaki
akuilah yang kau tersilap
aku bercakap dengan hakikat

Tiada ulasan: