Sabtu, 25 Jun 2011

destinasi

niat tanpa usaha
seperti menembak tanpa peluru
kita dilahirkan berpasangan
adam dan hawa
kita ditakdirkan memenuhi kehendak pasangan
seorang lelaki untuk membimbing wanita
dan seorang wanita untuk melengkapkan lelaki
segala yang wujud di atas muka bumi ini berpasangan
kerana Dia lebih mengetahui
yang kita saling memerlukan
aku perlukan kau
dan kau juga perlukan aku
inilah putaran kehidupan
aku cuba pandu kau ke arah destinasi
tapi kau memilih jalan yang tiada penghujung
fikirlah selagi waras
tinggalkan dunia kau yang tiada jawapan
akuilah yang kau perlukan seorang lelaki
akuilah yang kau tersilap
aku bercakap dengan hakikat

aishiteru komot

aku masih ingat
dimana kita berkenalan
dimana kita duduk seiring
dimana kita bergelak tawa
aku masih ingat
pertemuan kedua kita
dilembah ilmu
aku sebagai gurumu
dan engkau sebagai pelajarku
aku masih ingat
dikala kau mengungkap perkataan sayang
dimana aku lah tempat kau berteduh
dimana aku juga tempat kau bersandar
aku masih ingat
kegembiraan diwajah kau
senyum yang terukir dibibir
lirikan mata yang mengharapkan sesuatu
takkan aku lupakan
perkataan songsang yang kau ucapkan
yang sentiasa terpahat didalam diri ini
yang kekal menjadi luka
kau pergi tanpa kata
kau hilang tanpa bayangan
membisu seribu bahasa
melangkah jauh dari aku
nyanyian mu sentiasa berputar di telinga ku
lagu itu menjadi saksi ucapan sayangmu
kini hanya menjadi memori
bagi kau
kenangan kita hanya tertulis diatas pasir pantai
tetapi bagi aku
telah aku ukirkan diatas batu
supaya ia kekal
sentiasa kekal