Ahad, 26 Disember 2010

dunia

aku tak perlukan nuklear
aku tak perlukan kapal selam
aku tak perlukan jet pejuang
aku tak perlukan senjata canggih
aku tak perlukan kereta hebat
aku tak perlukan kuasa besar
aku cuma perlukan negara yang aman

makhluk

aku lah raja di kelab malam
aku lah raja di jalan raya
aku lah raja meneguk arak
aku lah raja menagih dadah
aku lah raja di ranjang
aku lah raja di atas muka bumi
adakah aku dilayan seperti raja di alam sana?

Sabtu, 25 Disember 2010

layunya sekuntum mawar

terasa seperti dunia hampir ke penghujungnya
bila seorang yang dilahirkan dengan sifat malu dan lemah-lembut secara semulajadi
menjadi seorang yang tiada maruah dan tidak malu
ketidakfahaman aku dengan segelintir bunga semakin menjadi-jadi
seperti tiada lagi keistimewaan padanya
seperti tiada lagi rahsia didalam dirinya
perkataan 'dara' yang sepatutnya menjadi kebanggaan seorang wanita itu
seperti tiada lagi erti dalam dunia sekarang
tiada lagi perasaan ingin tahu dalam diri seorang lelaki
tiada lagi keghairahan untuk mengetahui rahsia seorang wanita
maruah seorang wanita itu menjadi terlalu murah
menjadi tidak berharga lagi
perkataan 'dara' itu hanya menjadi perkataan
tiada lagi rahsia dan keistimewaan disebaliknya
tercari-cari dan mencari-cari
masih adakah lagi perkataan malu dan lemah-lembut dalam diari seorang wanita
atau ianya sekadar mitos yang dicipta
yang dicipta untuk menjadikan mereka istimewa di mata
tetapi jelik pada dasarnya

Selasa, 21 Disember 2010

cinta gila

aku lah hati yang berjaya kau lembutkan
aku lah benci yang kau tanamkan sayang
aku lah si buta yang kau celikkan
dan aku lah jua lumpuh yang kau pulihkan
bukan kebolehan tetapi anugerah
kau menampar aku dengan senyuman
kau menumbuk aku dengan pandangan
siapa kau?
mungkinkah bidadari yang hilang arah di bumi
mungkinkah sang puteri dari kayangan
mungkinkah puteri gunung ledang yang ghaib itu
mungkin juga kau adalah ciptaanNya untuk aku
memiliki kau adalah anugerah
aku menantikan anugerah itu
hari demi hari
biarpun memakan tahun
biarpun ditelan abad
jika perasaan ini dapat diluahkan
shah jahan akan merobohkan kembali taj mahal
jika perasaan ini dapat diluahkan
bunga kan layu tunduk
jika perasaan ini dapat diluahkan
burung-burung akan berhenti berkicauan
jika perasaan ini dapat diluahkan
sekeras-keras besi kan lembut
tak dapat digambarkan
betapa padunya perasaan ini
ya, ini untuk kau sang cinta
bukan kata-kata
tapi terjemahan perasaan aku terhadap kau

Isnin, 20 Disember 2010

If I get the chance to say I love you

kau buat aku hilang arah
kau buat aku tak duduk diam
kau buat aku gelisah
aku tak sehebat lelaki lain
yang manis bertutur kata
yang indah berbahasa
yang petah berkata-kata
untuk menambat hati kau
aku cuma ada
perasaan kasih, perasaan sayang
dalam mengharungi sisa-sisa hidup aku
tidak banyak yang aku harapkan dari kau
cuma secebis kasih sayang
cuma sedikit perhatian
aku tak berani untuk meluahkan perasaan aku
aku takut, malu, dan tidak yakin
aku harap kau tahu apa perasaan aku terhadap kau
aku harap kau sedar dengan kata-kata aku
dengan cara aku melayani kau
dan dengan cara aku mengharapkan kau sentiasa ada
aku harap senyuman di bibir kau tak pernah hilang
aku harap ketawa kecil kau akan menghiasi hari-hari aku
aku harap lirikan mata kau sentiasa memandang aku
apa pun yang akan terjadi
aku akan tetap begini
mengharapkan sesuatu dari kau
mungkin aku bertepuk sebelah tangan
apa pun terjadi
aku serahkan kepada kuasaNya
untuk menentukan segala
i hope you read this my sunshine

Khamis, 2 Disember 2010

jangan pandang rendah pada kami

siapa itu penuntut?
siapa itu mahasiswa?
siapa itu pemuda?
tiga gelaran diatas ialah gelaran kepada mereka-mereka
yang akan menjadi pelapis kepada negara. pelapis kepada
pemimpin, pelapis kepada dunia.
tetapi malangnya apabila golongan-golongan ini dipandang rendah
atau dalam kata lain diperlekehkan oleh golongan yang berpangkat
golongan yang telah memegang segulung kertas yang bernama
diploma, ijazah dan lain-lain.
kenapa mereka memperlekehkan golongan mahasiswa dan pemuda
negara?
mereka menganggap bahawa kami yang belum memiliki sebarang
kelulusan ini sebagai tidak layak untuk bersuara, tidak layak untuk
mengutarakan pendapat dan masih berhingus.
persoalan bagi aku ialah mengapa golongan seperti kami ini
diperlekehkan? adakah hanya kami belum memiliki apa-apa
kelulusan, kami tidak dibenarkan memberi pendapat?
ini bermakna negara ini hanya mengamalkan demokrasi
tetapi bukan demokrasi liberal. demokrasi liberal disini ialah
dalam konteks di mana semua rakyat mempunyai hak-hak
yang sama rata dibawah undang-undang.
gejala memandang rendah atau memperlekehkan ini terdapat
dalam pelbagai situasi. salah satunya gejala ini wujud dalam
kehidupan mahasiswa atau pun penuntut,pelajar.
mahasiswa yang menyuarakan pendapat dan pandangan
tidak diambil serius oleh pihak atasan malah mahasiswa digelarkan
dengan gelaran "mahasiswa tidak matang", "mahasiswa masih berhingus"
"belum lulus universiti nak cerita politik", dan "awak siapa nak berhujah dengan saya".
hei ! aku ni bakal gantikan tempat kau bila kau dah sayonara dari bumi ni.
pandangan yang diketengahkan oleh para mahasiswa ini ialah pandangan
dari semua mahasiswa. mahasiswa mahukan ini. mahasiswa mahukan perubahan.
jangan lah diperlekehkan pandangan mereka. terima dan kaji dulu baru
ditentukan apa keputusannya. ini baru dengar separuh cerita dah cakap macam-macam.
memetik dari ucapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Saifuddin Abdullah "kerajaan mesti menyelami minda orang muda dan cuba memenuhi permintaan serta harapan mereka.kerajan juga harus menekankan soal persepsi mereka terhadap politik, sistem demokrasi dan ahli politik."
ini yang seharusnya berlaku. mendengar, menghayati dan mempertimbangkan pandangan kami sebagai mahasiswa dan anak muda negara.
JANGAN PERLEKEHKAN KAMI KERANA KAMI BAKAL MEMIMPIN NEGARA INI. KAMI YANG AKAN MENJADI GENERASI SETERUSNYA YANG AKAN MENERAJUI NEGARA.KAMI ADALAH GOLONGAN YANG AKAN MEMENUHI BARISAN HADAPAN DALAM MEMPERJUANGKAN HAK KAMI SEBAGAI SEORANG PELAJAR YANG HIDUP DALAM NEGARA DEMOKRASI.JANGAN SEKAT HAK KAMI.JANGAN PERLEKEHKAN KAMI.

Rabu, 1 Disember 2010

cuti-cuti sabah

Memandang kan aku sekarang berada di Sabah
aku nak bagi info sikit tentang suku kaum peribumi di Sabah ni.
aku sekarang berada di bandar Tawau dan aku nak ceritakan
tentang suku kaum yang berada dekat dengan Tawau iaitu
Bajau.
Dalam masyarakat Bajau ni terdapat juga beberapa suku kaum lain seperti Ilanun , Sulu dan lain-lain.
Masyarakat Bajau ni kebanyakannya beragama islam.
Sepeti suku kaum Sabah yang lain, masyarakat Bajau
juga kaya dengan adat resam mereka yang unik.
Salah satunya yang menarik perhatian ialah adat dalam kematian apabila si mati telah ditanam mereka akn mengadakan kenduri arwah dan berpantang. selesai saja pengebumian satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam beserta dengan bantal akan dibentangkan untuk memperingati si mati.
Bantal-bantal itu diletakkan di kiri dan kanan di bahagian kepala
tempat tidurnya.setiap pagi dan petang seorang imam akan menjaga tempat tidur tersebut sambil mendoakan untuk si mati
Masyarakat ini juga mengadakan kenduri arwah selama
tujuh hari berturut-turut. kenduri hari pertama sehingga hari keenam diadakan secara kecil-kecilan
sahaja kecuali pada hari ketujuh. bilangan piring yang digunakan
untuk ketujuh-tujuh hari tersebut juga berlainan kerana
ianya menentukan bilangan ahli agama yang hadir pada kenduri itu.
Dalam tujuh hari awal kematian itu, ada pantang larang bagi ahli
keluarga si mati contohnya mereka tidak boleh memecahkan barang
seperti gelas atau mangkuk kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.
selepas kenduri hari ketujuh, mereka akan mengadakan kenduri
pada hari kedua puluh dan pada hari keempat puluh.
ini saja yang dapat aku korek sebenarnya tentang masyarakat Bajau. kalau korang nak tahu yang lagi detail, korang datang Sabah, lepak area Samporna, cari masyarakat Bajau pastu korang tanya je lah diorang sampai korang dengan orang Bajau tu muntah. ok?

one and only

i praised Allah for sending me you my love

you found me home and sail with me

and i'm here with you

now let me let you know

you've opened my heart

i was always thinking that love was wrong

but everything was changed when you came along

ooohhh

and theres a couple words i want to say

for the rest of my life

i'll be with you

i'll stay by your side honest and true

till the end of my time

i'll be loving you. loving you

for the rest of my life

thru days and night

i'll thank Allah for open my eyes

now and forever

i'll be there for you

i know that deep in my heart

i feel so blessed when i think of you

and i ask Allah to bless all we do

you're my wife and my friend and my strength

And I pray we`re together eternally

Now I find myself so strong

Everything changed when you came along

ooohhh

And theres a couple word I want to say

for the rest of my life

i'll be with you

i'll stay by your side honest and true

till the end of my time

i'll be loving you. loving you

for the rest of my life

thru days and night

i'll thank Allah for open my eyes

now and forever

i'll be there for you

I know that deep in my heart

now that you`re here

Infront of me I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that I`ll love you eternally

for the rest of my life

i'll be with you

i'll stay by your side honest and true

till the end of my time

i'll be loving you. loving you

for the rest of my life

thru days and night

i'll thank Allah for open my eyes

now and forever

i'll be there for you

I know that deep in my heart