Khamis, 25 Oktober 2012

Tinggal Satu

Hei kekasih,
Tinggal satu untuk dua belas,
Tidakkah kau teruja?
Aku melompat menyanyi gembira.

Hei Puteri,
Tinggal satu untuk dua belas,
Aku tak sabar menghabiskan satu,
Kerana aku menantikan dua belas.

Hei bakal isteri,
Tinggal satu untuk dua belas,
Sabar dan mari bergerak,
Demi mencari satu cahaya kebahagiaan.

Hei Iylia Adreena,
Terima kasih untuk sebelas,
Aku akan bahagiakan baki satu,
Untuk senyum ketawa pada yang ke dua belas.

Isnin, 14 Mei 2012

ratu hati

kita bersama membina persahabatan
kita bersama membina perhubungan
kita bersama membina percintaan
mungkinkah kita akan masih bersama
mendiami mahligai tuhan?
ingin aku tempatkan kau disana
sebagai balasan di atas kesetianmu
jika keluarga tiada kau lah keluargaku
jika sahabat tiada kau lah sahabatku
jika senyuman lesap kau lah senyuman ku
jika sedih bertandang kau memilih menjadi air mata
kita jatuh dan bangun bersama
kita menangis dan ketawa bersama
tiada lebih yang aku pinta
aku ingin kau sentiasa ada
setiap masa disisi
kerana kau satu dari semua kekuatan aku.

Sabtu, 28 April 2012

Mencari

Dimana hatiku?

Telah lama ku mencari.

Mungkinkah dibawa arus?

Atau telah kau bawa pergi?

Dimana hatiku?

Mungkinkah dijilat api?

Mungkinkah telah mati?

Setelah kau pergi.

Berikan kembali padaku.

Biar ku simpan ia.

Sebagai memori untukku.

Walau tidak lagi bersama.

Pergilah kau pergi.

Biarkan aku bersendiri.

Relaku jaga hati ini.

Walau ku terpaksa bersembunyi.

Jauh di penghujung bumi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 13 April 2012

kau lah masa hadapan ku

apa yang diperlukan sekarang?
adakah segunung harta?
adaka pujian melangit?
adakah kebesaran dan pangkat?
tidak!
itu semua tidak lagi menjadi keutamaan.
pernahkah kau mencari pengganti seorang ibu?
bukan untuk menyisihkan ibu.
bukan untuk melupakan segala penat lelah beliau.
bukan untuk mensia-siakan pengorabanan beliau.
tetapi hanya sebagai pengganti disaat dia pergi ke sana.
dia yang aku cari ialah seorang wanita.
seorang wanita yang bersifat seakan-akan ibu ku.
iya!
dia lah sang kekasih hati.
dia lah yang sedang mewarnai sudut hitam putih hidupku.
dia lah yang sedang menghiasi taman-taman jiwa ku.
dia lah yang sedang membina jambatan kasih sayang yang teguh.
dia lah kekasihku.
dahulu,
aku pernah risaukan diri ini.
ada kah lagi pengganti ibu ku setelah dia pergi?
ada kah lagi orang yang mengambil berat tentang aku?
menjaga keperibadianku?
menjaga kehidupanku?
namun ianya berakhir setelah tibanya tanggal 25 November 2011.
kehadiran bidadari yang hampir mengubah segalanya.
mengubah cara hidupku.
mengubah pertuturan ku.
mengubah personaliti ku.
dia lah kekasih ku.
kini aku tidak lagi risau tentang kehidupan akan datang.
aku punya bidadari kedua selepas ibu ku.
aku tidak perlukan wang berjuta.
aku tidak perlu dijulang makhluk lain.
aku tidak perlukan pangkat yang besar.
aku hanya perlukan dia sebagai pelengkap hidupku.
terima kasih si cinta.
kehadiranmu sungguh bermakna dalam hidup ku.
kau membuatkan aku tenang untuk menempuh masa depan ku.
kerna aku tahu kau tetap teguh disisiku.
sampai ke akhir nafas ku.
aku memohon pada yang satu.
kekalkan aku dengan kekasih hebat.
tidak hebat dalam kisah dan sejarah dunia.
tetapi cukup hebat dalam kisah hidupku.
kerna kau bisa menggoncangkan tubuhku.
dengan tamparan kasih dan sayang yang tidak terhingga.

Selasa, 27 Mac 2012

sudut panahan hati

Lirikan matanya.

Senyum bibirnya.

Gaya mendengarnya.

Susunan giginya.

Hilai tawanya.

Lembut sentuhannya.

Ini yang aku rindukan.

Ah.

Seteguk kafein.

Segigit karbohidrat.

Menemani aku menyusuri galeri potretnya.

Menghidupkan suasana aku,

Dikala aku melakonkan watak

Didalam pesanan ringkasnya.

Mengaktifkan kembali pita suaranya,

Yang disimpan khas disudut anggotaku.

Beberapa putaran matahari lagi.

Beberapa putaran bulan lagi.

Kan aku tatap wajah sebenar,

Bukan lagi potret kaku.

Diwaktu ini.

Lengkap sudah bulan keempat menyulam kisah.

Diharapkan aku bakal menyulam,

Seni yang tidak kehabisan.

Semoga Pencipta sentiasa berminat dengan kisahku.

Dan tidak jemu untuk meneruskan kisahku.

Sehingga pada detik Izrail tiba.

Membawa arahanNya.

Agar jasad terpisah dari roh.

Maka kau tamatkan kisah ku ini.

Tetapi jangan sekali kau hilangkan memori indah.

Detik dan saat berharga.

Kau biarkan kekal dalam pita rakaman kami.

Agar segar senantiasa.

Amin


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 9 Mac 2012

gusar

Ahh!

ini bukan aku!

Dia satu dalam sejuta.

Mengapa perlu aku ragu-ragu?

Ya Allah.

Kau tetapkan hati ini.

Jangan kau kurniakan perasaan ini.

Ingin aku terus bersamanya.

Sehingga akhir nafas ini.

Akan aku buang perasaan ini.

Sehingga akhir nafas ini.

Aku ingin bersamamu

Iylia Adreena


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 7 Mac 2012

Bahasa siapa?

Bahasa kau bahasa gila.

Bahasa aku bahasa waras.

Bahasa kau bahasa politik.

Bahasa aku bahasa rakyat.

Bahasa kau bahasa dengki.

Bahasa aku bahasa memuji.

Bahasa kau bahasa hipokrit.

Bahasa aku bahasa hati.

Bahasa kau bahasa topeng.

Bahasa aku bahasa diri.

Bahasa siapa yang mulia?

Bahasa kau yang sombong?

Atau

Bahasa aku yang mendorong?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 1 Mac 2012

selamat ulangtahun Iylia Adreena

Selamat ulangtahun yang ke 21 sayang.

Aku harap kau lebih matang dalam semua aspek.

Aku gembira kerana masih disisimu di waktu ini.

Aku harap aku akan terus disisimu,

Sehingga nafas terakhirmu.

Terima kasih sayang untuk semua ni.

Aku cintakan mu, Iylia Adreena.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 25 Februari 2012

Perasaan ini terlalu indah bagiku,

Ahh,

Aku persetankan setiap kata orang mengenainya,

Aku tahu apa yang benar,

Ya cinta itu buta,

Tapi kita masih dapat membezakan,

Yang mana baik dan buruk,

Mungkin cinta itu membutakan mata hati,

Tetapi akal fikiran masih berfungsi,

Aku pernah merasai rasa sayang,

Tetapi bukan cinta,

Sekarang ini ialah cinta,

Terima kasih sayangku,

Iylia Adreena.

Kau mengajar aku apa itu cinta sejati,

Telah kau buka mataku,

Untuk melihat semua ini,

Aku harap kau terus bersamaku,

Kini dan selamanya,

Kira agaknya masih belum terlambat,

Untuk aku ucapkan,

Terima kasih kerana masih bersamaku,

Untuk bulan yang ketiga,

Dan aku harap kekal selamanya,

Sehingga nafas terakhirku,

Aku cinta kamu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 24 Februari 2012

tiga purnama

Kini hampir tiga purnama menyulam kasih dan sayang.

Ada suka ada yang duka.

Tiada apa yang dapat menggantikannya.

Ah, aku tidak lagi menulis kerana gembira dengan realitiku.

Dia sentiasa ada untuk mengukir senyuman.

Dia sentiasa ada untuk ceriakan aku.

Tiada lebih yang ku pinta.

Hanya inginkan dia sentiasa ada dalam hidupku.

Ingin aku mencipta memori bersamanya.

Sentiasa,

Agar ia kekal abadi.

Mungkin terlalu awal untuk ku nyatakan.

Tapi aku terlalu yakin dan pasti.

Yang aku akan akhiri semua ini.

Dengan lafaz akad yang sah.

Insyaallah,

Kau perkenankanlah permintaan aku,

Wahai Sang Pencipta.


Published with Blogger-droid v2.0.4