Sabtu, 5 November 2011

destinasi II

senyum kecilmu menjadi potretku
hilai tawamu menjadi muzikku
gerak tubuhmu menjadi tontonanku
tutur katamu menjadi inspirasiku
terima kasih kerana hadir dalam hidupku
menjadikan sudut gelapku bercahaya
menjadikan laluan sempitku luas
kau destinasiku
sabar dan aku kan tiba

hutang

aku hidup didalam sistem dunia
aku melabur untuk makan
aku melabur untuk minum
aku melabur untuk pakaian
aku melabur untuk tempat tinggal
aku melabur untuk pendidikan
aku melabur untuk hidup
aku berhutang dalam sistem dunia
aku berhutang dalam kehidupan
aku berhutang untuk masa depan
aku berhutang untuk berjaya
aku berhutang di dunia
dalam mengejar melangsaikan hutang dunia
aku lupa
aku alpa
aku pinggirkan
aku abaikan
hutang aku kepada yang Esa

setia berubah

berubah untuk setia atau setia untuk berubah
aku berubah untuk menjadi lebih setia
setia kepada apa sahaja
aku setia untuk berubah
berubah dari segala aspek
aku pilih keduanya
berubah menjadi lebih setia untuk kesenangan akan datang
dan akan sentiasa setia untuk berubah menjadi lebih baik