Rabu, 14 September 2011

imaginasi

berjuta bintang dilangit takkan dapat dicapai
sama juga seperti kau
kau ibarat bintang dilangit
inginku capai walaupun mustahil
tetapi kembalilah pada peraturan dunia
jangan hidup berpaksikan imaginasi
jangan hidup berorbitkan angan-angan
anggapla dia seperti daun yang rimbun
kadang-kadang mampu dicapai
kadang-kadang tidak kesampaian
tetapi dengan keizinan-Nya
akan gugur ke tanah jua
jika sudah tertulis untuk bersama

Khamis, 8 September 2011

SA

bukan bodoh kerana mengharap
bukan bodoh kerana menunggu
aku terlalu lama berdiri bersendiri
aku ingin merasai nikmat berdiri bersama
berdiri bersama insan istimewa
terlalu lama mengharap
jadikan aku hidup dalam imaginasi
sehingga terlupa pada yang nyata
aku menunggu
aku menanti
berikan aku hasil
hasil kepada penantian aku
aku menantikan kau

pandangan

cinta hadir tidak diundang
perasaan agung yang lahir semulajadi
sangat indah untuk dinikmati
tetapi sangat perit untuk diratapi
bersedia untuk mencintai
bermakna sedia untuk dikhianati