Selasa, 17 Mei 2011

madah

sayang perasaan yang umum
semua merasai kewujudan sayang
perasaan sayang mudah terjalin
walaupun dalam jangka yang singkat
sayang terlalu mudah diluahkan
sayang itu terlalu umum maksudnya
cinta itu anugerah
anugerah yang lebih bernilai dari harta
anugerah yang tidak semua merasainya
cinta tidak mudah untuk hadir
cinta datang dari sulaman kasih dan sayang
cinta datang dengan tiada yang menyedarinya
wujudnya sayang belum tentu mengundang cinta
hadirnya cinta termampatlah perasaan sayang
cinta dan sayang sangat berbeza pada zahirnya
kerana cinta hadir bila sayang pada batinnya
aku bertutur dalam ilusi
aku masih terpinga mencari
apakah cinta atau sayang?
jika sayang
aku harap kekal pada zahir dan batinnya
dan jika ini cinta
Kau sebatikan lah dalam pembuluh ini
agar ianya sentiasa berlegar dalam jasad
dan hanya akan hilang
apabila izra'il menyeru aku

Isnin, 16 Mei 2011

khilaf

maafkan aku
aku hidup dengan fakta
aku hidup dengan penjelasan
aku hidup dengan takrifan
aku hidup dengan logik
maafkan aku
kau hidup dengan cubaan
kau hidup dengan pertanyaan
kau hidup dengan ketidakpastian
maafkan aku
mungkin haluan yang berbeza
dapat jadikan kita kubu yang takbisa runtuh
bumi mana yang tidak ditimpa hujan
dalam kesempurnaan kejadian
pasti ada celanya.
begitu juga aku
yang lahir sebagai manusia
yang tidak dapat mengelak dari khilaf
jadikan ini sebagai titik permulaan
agar kita dapat terus menjamin
hubungan yang kekal