Selasa, 26 April 2011

dalam ingatan

bermula dengan si kosong
bersih dan suci
membawa harapan sang pencipta
agar dapat menyinari kehidupan di bumi
diberi mandat membawa panji
berjuang menundukkan fahaman dan kelakuan
agar megah berjalan mendongak langit
tidak lagi tunduk menyembah bumi
setiap yang bermula diselangi pengakhiran
bilangan purnama menjadi saksi
berat kaki mengatur langkah
berat hati memandang kenangan
dunia baru bakal tiba
jadikan kenangan sebagai panduan
bermula langkah dengan perlahan
agar tidak tersungkur ditengah jalan

Isnin, 25 April 2011

jagoan sampah

nampak dewasa mungkin berotak
cukupkah dengan otak sahaja
bukan dengan luaran kita nilaikan
bukan saiz badan menjadi ukuran
ketajaman dan keluasan pemikiran kita perlukan
kau nampak dewasa pada luaran
bagi aku kau masih kanak-kanak
kau berasa megah bila kau jaguh dimata si haprak
bagi aku kau sampah yang dipijak
aku diam bukan aku gentar
aku diam kerana kau terlalu kecil untuk aku
beradu jasad sejarah bagi aku
aku biarkan kau dalam dunia kau
dunia kemegahan kau
kemegahan si sampah yang diteriak sang kuman
kau masih dalam dunia kebodohan kau