Khamis, 17 Mac 2011

nyata dan ilusi

perasaan ini tak dapat dihuraikan dengan kata-kata
perasaan ni tak dapat digambarkan dengan lukisan
perasaan ini terlalu agung
aku masih mentah untuk membicarakan tentang cinta
cinta kepada Yang Esa
cinta kepada manusia
satu perkataan yang sama tetapi maksud yang berbeza
cinta kepada Yang Esa kekal abadi
cinta kepada manusia hanya sementara
maka pilih lah yang terbaik
aku memilih untuk berhenti mencintai manusia
perkara ini terlalu rumit
rumit untuk orang yang tidak mempunyai kehidupan seperti aku
aku hidup dalam dunia yang aku cipta
tidak lagi hidup dalam dunia yang nyata
aku lebih selesa begini

Isnin, 14 Mac 2011

kuasa perkataan

nasionalis
kapitalis
rasis
aku
tiada apa nak dibanggakan
jika perjuangan tanpa perkataan
perjuangan tanpa perkataan
ibarat berperang tanpa senjata
jika AK-47 senjata sang askar
perkataan adalah senjata manusia
perkataan menyebabkan peperangan
perkataan menyebabkan penjajahan
perkataan menyebabkan perkauman
perkataan melambangkan diri aku
perkataan dari aku seorang tidak sekuat perkataan mereka
tetapi tidak mustahil
kalau perkataan dari seluruh pejuang seperti aku dilontarkan
akan jatuh terduduk semua yang berada diatas
itu lah kuasa dari sang perkataan

Rabu, 9 Mac 2011

pandangan dan permandangan

besar tubuh badan
pemikiran dah besar ke?
kecil tubuh badan
pemikiran pun kecil la?
hentikan la persepsi macam tu kenali dulu seseorang tu
sebelum kau label dia dengan macam-macam perkataan
aku bercakap berdasarkan pengalaman aku
bagi diri aku yang tak sempurna ni
setiap kebaikan pasti ada keburukan
dan dalam keburukan pasti terselit kebaikan
kita manusia biasa bukan maksum
pasti ada kebaikan dan keburukan
cuma bagi aku
manusia ni hanya mencari kekurangan seseorang
dan takpernah cuba meneliti kebaikan sesorang
sesekali tu cuba cari kebaikan dan abaikan keburukkan?
susah kan?
sebab aku pun kadang-kadang seperti apa yang aku tulis ni
tapi taksalah cuba kan?

Selasa, 8 Mac 2011

dua kehidupan

dua dunia yang berbeza
aku rasakan sangat berbeza
aku berada didalam putaran demokrasi
tetapi kau berpijak di atas gerakan kebebasan
sampah bagi kau
mungkin permata bagi aku
dalam dunia aku yang serba cantik ini
kau cuba definisi kan hidup kau tidak indah
bagi aku hidup kau lebih indah
kerana tidak terikat dengan arahan
kau sangkakan kau kaca
tetapi bila aku mendengar baris kata kau
aku terpukul
tidak ku sangka
ayat kau tidak puitis seperti puisi
tetapi mampu buat aku sedar
betapa jauhnya aku dalam dunia aku sendiri
dan betapa kau mempelajari setiap langkah kau
kau menghormati aku kerana perkataan pelajaran
tetapi aku menghormati kau kerana perkataan berdikari
perjalanan kau dari utara ke selatan
dari timur ke barat
mengajar kau apa itu kehidupan
tetapi bagi aku yang terikat dengan sistem dunia
aku tidak mempunyai kehidupan yang pasti
kau menyusun segala langkah dan pergerakan
tetapi segala langkah dan pergerakan aku disusun
jangan anggap diri kau sampah
kerana bagi aku kau lah kehidupan yang aku cuba dapatkan
kau lah sesuatu yang aku cari
kehidupan kau ialah harapan aku
beberapa minit bersama kau
telah memberi jawapan kepada semua soalan aku
tabik untuk kau
terima kasih!